Pemindahan Pelajar Malaysia Ke Jeddah Dijangka Selesai Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 6 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Operasi memindah keluar rakyat Malaysia terutamanya pelajar dari Mesir untuk ditempatkan di pusat transit di Jeddah dijangka berakhir pada Ahad.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata, pihaknya sedang berusaha membawa keluar kira-kira 9,000 pelajar yang secara sukarela mahu kembali ke tanah air.

MKN dan Wisma Putra akan berusaha menyelesaikan pemindahan pelajar menjelang tengah hari esok, katanya kepada pemberita Malaysia di sini Sabtu.

Bagaimanapun, katanya, kelewatan mungkin berlaku jika pemindahan itu mengalami masalah birokrasi, cuaca buruk dan kebenaran berlepas yang lewat diberikan oleh pihak berkuasa lapangan terbang di mana pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia beroperasi.

Mohamed Tajudeen berkata, sekiranya pemindahan keluar pelajar-pelajar itu dalam tempoh empat hari sejak Khamis lepas berjaya dilakukan, ia merupakan satu kejayaan bagi sebuah negara seperti Malaysia dalam melindungi keselamatan rakyatnya biarpun di luar negara.

Beliau berkata, kejayaan itu dijangka dapat dicapai dengan pesawat tambahan yang akan disediakan oleh AirAsia selain dua pesawat MAS dan tiga pesawat Hercules TUDM.

Ditanya mengapa kerajaan Malaysia tidak membawa pulang terus para pelajar dari Kaherah ke Malaysia, beliau berkata, yang paling utama bagi kerajaan ialah untuk memastikan nyawa para pelajar Malaysia di sini selamat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan