Najib Temui Adun BN Sarawak

Diterbitkan: Ahad, 6 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan tertutup dengan 63 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, Ahad.

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta bersama beliau dalam pertemuan itu.

Kumpulan pertama yang ditemui beliau terdiri dari Ranum Mina yang merupakan Adun Opar, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Tan Sri Adenan Satem (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Santubong) dan Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).

Semasa ditemui pemberita sebelum itu, Tengku Adnan berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau.

Pertemuan ini juga merupakan susulan kepada pertemuan Najib dengan semua Anggota Parlimen Barisan Nasional di Kuala Lumpur 8 Jan lepas, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan