Kes Penipuan Jual Kereta Mungkin Libatkan Syarikat Tidak Berdaftar

Diterbitkan: Ahad, 6 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes penipuan jurujual kereta yang sering berlaku, mungkin melibatkan syarikat pengedar kereta terpakai yang tidak berdaftar, kata Presiden Persatuan Automotif Malaysia Datuk Aishah Ahmad.

Beliau berkata syarikat pengedar kenderaan berdaftar tidak akan berbuat demikian kerana perlu menjaga reputasi terhadap produk mereka memandangkan nama syarikat telah diketahui umum.

"Perkara ini tidak akan berlaku pada syarikat besar atau berdaftar. Mereka perlu jaga maruah, dia punya branding. Kalau perkara ini berlaku mesti orang ramai sudah tidak mahu membeli kereta dan tidak mempercayai syarikat itu lagi," katanya ketika, Ahad.

Beliau mengulas laporan akhbar pada Jumaat lepas mengenai hasrat seorang pesara tentera untuk memiliki sebuah kereta baru tidak kesampaian setelah wang depositnya RM23,550 dilaporkan lesap di tangan seorang jurujual syarikat pengedar kenderaan baru-baru ini.

Beliau menasihatkan para pembeli agar lebih berhati-hati dan memastikan setiap urusan jual beli mempunyai resit rasmi supaya boleh dirujuk sekiranya berlaku penipuan atau perkara yang tidak diingini.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan