Stok Makanan Kurang, Harga Barangan Naik Mendadak - Pelajar Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 5 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Tunjuk perasaan oleh rakyat Mesir bukan saja mencetuskan rasa takut pada kalangan pelajar Malaysia di negara itu, malah mereka juga berdepan dengan kekurangan bekalan makanan selain harga yang melambung tinggi.

Beberapa pelajar Malaysia yang berjaya dibawa keluar memberitahu Bernama di sini, keadaan di Kaherah agak mendesak kerana mereka juga berdepan dengan perintah berkurung yang bermula pukul 1 petang sehingga 8 pagi keesokannya.

"Oleh kerana telah dikenakan perintah berkurung bermula pukul 1 tengah hari hingga 8 pagi esoknya, maka kami terpaksa menggunakan masa yang diperuntukkan bergegas ke kedai berhampiran kawasan tempat tinggal untuk membeli barangan keperluan asas seperti roti dan gula.

"Kami juga terpaksa berebut dengan wanita Arab untuk membeli makanan kerana barangan keperluan kini semakin mendesak," kata Haslisah Khalil, pelajar jurusan perubatan di Universiti Ainshams pada Sabtu.

Khairuizzah Helmi, 20, pula memberitahu harga barangan yang naik mendadak serta stok yang semakin berkurangan menyebabkan beliau terpaksa membeli barangan keperluan asas dengan kuantiti yang banyak.

"Saya bimbang nanti kalau keadaan semakin buruk, kami tidak lagi mendapat bekalan makanan," kata pelajar tahun satu jurusan Usuluddin di Universiti Al-Azhar itu.

Mohd Amin Azmanshah, 20, pula berkata harga bahan mentah seperti ayam naik berkali ganda selain sukar untuk diperolehi.

Pelajar tahun satu jurusan Usuluddin, Universiti Al-Azhar itu berkata sebelum demonstrasi berlaku, harga ayam ialah RM16 sekilo namun selepas tunjuk perasaan harganya mencecah RM27 sekilogram.

"Barangan seperti sayuran dan buah-buahan tidaklah menjadi masalah. Tetapi harga gula juga telah naik daripada RM3.50 kepada RM4 sepaket," katanya.

Sejak seminggu lalu, berpuluh ribu rakyat keluar ke jalan-jalan raya di Mesir mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah negara itu selama 30 tahun, agar segera berundur.

Tunjuk perasaan berlaku di bandar-bandar besar termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan