Seorang Kanak-Kanak Lemas, Dua Lagi Hilang Di Sungai Perak

Diterbitkan: Sabtu, 5 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang kanak-kanak mati lemas manakala dua lagi masih hilang dipercayai dibawa arus ketika mandi di Sungai Perak berhampiran Kampung Pauh Pulai, Ara Panjang, Manong, Kuala Kangsar pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt Abdul Ghaffar Muhammad berkata mangsa yang lemas ialah Suhairi Nizam Baharudin, 12, yang berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar. Dua lagi kanak-kanak yang hilang berusia lapan dan 10 tahun, katanya ketika dihubungi.

"Kejadian berlaku pada pukul 4 petang tadi ketika ketiga-tiganya bersama keluarga mereka mandi di sungai yang terletak kira-kira 400 meter daripada rumah mereka di Kampung Pauh Pulai, Ara Panjang," kata Abdul Ghaffar.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa yang kemudian meminta bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk sama-sama mengadakan operasi menyelamat.

Operasi mencari oleh lebih 30 orang membabitkan anggota polis, unit penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk kampung masih diteruskan.

"Sehingga pukul 9 malam kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dijangka akan ditamatkan berikutan keadaan cuaca yang gelap dan disambung pagi esok, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan