Pelajar Hanya Dibenarkan Kembali Ke Mesir Selepas Krisis Pulih

Diterbitkan: Sabtu, 5 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Pelajar Malaysia hanya akan dibenarkan kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka selepas kerajaan memastikan keadaan benar-benar pulih.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu mungkin tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat memandangkan keadaan di sana tidak menentu.

"Ketika ini kerajaan sedang memantau setiap masa melalui kedutaan dan pegawai sebelum menghantar semula pelajar ke sana.

"Lagipun universiti-universiti di negara terbabit telah memberi cuti panjang tiga hingga enam bulan kepada pelajar ekoran pergolakan yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Beliau ditemui pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Bahagian Temerloh yang menyaksikan 750 pelajar menerima sumbangan wang tunai Yayasan Pahang daripada Ketua Umno Bahagian Temerloh Datuk Mohd Sharkar Shamsudin.

Saifuddin berkata kerajaan juga akan mendapatkan maklumat serta laporan lengkap sebelum membenarkan pelajar pulang ke Mesir.

Malaysia merupakan antara negara terawal membawa pelajar dan rakyatnya pulang setakat ini berikutan krisis politik yang sedang berlaku di negara itu.

Sementara itu Mohd Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains dan Inovasi Pahang berkata kerajaan negeri telah menempatkan seorang pegawai bagi memantau 2,000 pelajar negeri itu di Mesir yang kesemuanya dilaporkan dalam keadaan selamat.

Beliau berkata sebahagian besar pelajar terbabit ditaja Yayasan Pahang bagi mengikuti pengajian dalam bidang kedoktoran dan usuluddin.

"Ibu bapa dan keluarga tidak perlu bimbang, usaha membawa pulang mereka kini sedang dikendalikan pihak Wisma Putra," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan