Najib Jamin Perbelanjaan Pulang Pelajar Mesir Ditanggung Kerajaan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa perbelanjaan pulang kesemua pelajar Malaysia dari Mesir ke tanah air ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Perdana Menteri berkata beliau akan merujuk dan berurusan dengan pihak terbabit iaitu Lembaga Tabung Haji, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia mengenai perkara berkenaan.

"Ini supaya ibu bapa tak perlu menanggung belanja anak-anak mereka balik ke negara kita, melainkan mereka sudah tempah tiket sendiri... Itu tak dapat kita bayar balik, itu urusan masing masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Ziarah Masjid di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, Sabtu.

Najib berkata kerajaan mempunyai jumlah kasar kos terbabit tetapi beliau mahu berbincang dengan pihak berkenaan sebelum mengumumkannya.

"Saya tahu (kos) tetapi tidak mahu menyatakannya...lagipun hari ini ada sumbangan dari Putera Raja Arab Saudi (untuk menyediakan penerbangan pulang) jadi itu akan mengurangkan perbelanjaan kita, " katanya.

Najib juga memaklumkan bahawa urusan perpindahan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir berjalan lancar dengan setakat ini 6,800 pelajar sudah berada di Jeddah, Arab Saudi.

Pada hari ini sahaja, sebanyak 14 penerbangan dilakukan dengan membabitkan 3,500 pelajar, katanya.

"Saya menjangkakan bahawa urusan ini hampir selesai... selepas hari ini dan esok, ada sedikit lagi (pelajar) tapi kita akan teruskan sehingga semua rakyat Malaysia tak kira pelajar, mereka yang bermaustautin, yang berniaga dan juga pelawat dapat keluar dari Mesir," katanya.

Najib berkata usaha itu merupakan kejayaan kerajaan dalam melaksanakan konsep 'Hanruh' iaitu pertahanan menyeluruh dengan mengemblengkan peranan aktif semua pihak.

"Di mana apabila ada sesuatu ancaman kepada rakyat Malaysia yang membabitkan penugasan yang besar seperti ini, kerajaan perlu menggunakan aset sesiapapun, tidak mengira kerajaan atau swasta dalam operasi menyelamat," jelasnya.

"Asalkan aset itu boleh digunakan untuk tujuan operasi ini. Aset operasi ini (membabitkan) MAS, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), AirAsia dan Tabung Haji, jadi ini satu gerak kerja terbesar yang pernah dilakukan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia," katanya.

Najib berkata dalam perancangan membawa keluar rakyat Malaysia itu, mereka harus keluar dari Mesir ke Jeddah terlebih dahulu supaya berlaku keadilan. "Kalau kita bawa mereka (terus) ke Kuala Lumpur maknanya (pesawat perlu membuat) penerbangan jauh dan memakan masa. Jadi tak adil kepada yang (masih) ketinggalan di Mesir.

"Dan tentu sekali mereka tak puas hati kenapa ada setengah balik dan ada sesetengah (nasibnya masih) tak menentu di Mesir," jelas beliau.

Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Turki Abdullah Al Saud, kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Najib juga mengucapkan terima kasih kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud, kerana membenarkan penggunaan ruang udara dan pendaratan pesawat Malaysia di Jeddah.

Perdana Menteri berkata Raja Abdullah memaklumkan kepadanya bahawa ruang udara Arab Saudi terbuka luas dan boleh digunakan sebanyak mana mungkin untuk penerbangan bagi tujuan pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir.

"Ini satu penghargaan kepada Malaysia berdasarkan hubungan mesra antara kedua-dua kerajaan. Kita tak tahu mana masa kita perlukan bantuan kita perlukan bantuan dari negara luar," katanya.

Merujuk kepada dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak mempunyai wang untuk membawa pelajar terbabit keluar, beliau berkata ia satu lagi pembohongan dan fitnah yang besar.

"Apa yang saya umum hari ini jelas menafikan apa yang didakwa mereka," katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata parti pembangkang sepatutnya turut memberi bantuan kepada kerajaan kerana ini bukan soal politik tetapi keselamatan rakyat semuanya.

"Tak perlu politikkan soal ini. Orang hijau ke orang biru ke, bulan ke bintang ke semua kita bantu bawa balik mereka dengan selamat. Tak payah politikkan dan (tak perlu) sebar cerita yang tidak betul," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan