Jumlah Mangsa Banjir Berkurangan, Pusat Pemindahan Ditutup

Diterbitkan: Sabtu, 5 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa pusat pemindahan ditutup berikutan keadaan banjir di Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor hampir reda.

Di Negeri Sembilan, satu-satunya pusat pemindahan yang masih dibuka di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Gemas sejak Ahad lepas ekoran banjir yang melanda di empat daerah di negeri ini, ditutup hari ini ekoran keadaan banjir yang sudah pulih.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata pusat pemindahan itu ditutup pada 10.15 pagi tadi setelah 498 orang mangsa banjir daripada 133 keluarga pulang ke rumah mereka.

Serentak dengan itu, bilik gerakan banjir negeri turut ditutup pada 3 petang,pada Sabtu, katanya.

Banjir yang melanda di Tampin, Jempol, Kuala Pilah dan Rembau mengakibatkan kira-kira 1,900 orang dipindahkan di 27 pusat pemindahan.

Banjir di Gemas pada kali ini adalah yang paling teruk berbanding 2006.

Banjir akibat hujan lebat luar biasa berterusan menyebabkan air Sungai Muar melimpah ke dalam pekan Gemas hingga melumpuhkan aktiviti perniagaan di pekan itu.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di daerah Jasin berkurangan kepada 407 orang petang ini berbanding 446 orang pagi tadi. Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata kebanyakan mereka tinggal di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.

Beliau berkata banjir di daerah itu kini semakin pulih dan paras air Sungai Kesang menyusut ke peringkat amaran.

Sementara itu, keadaan banjir di PAHANG hampir pulih sepenuhnya dengan hanya satu penempatan di Rompin yang masih terjejas akibat bencana itu.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, kesemua 12 mangsa daripada tiga keluarga itu masih ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Aur Ibam, Rompin selepas penempatan mereka di Kampung Aur masih belum reda dengan banjir.

"Mereka terdiri daripada tiga lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, lima kanak-kanak dan dua bayi manakala selebihnya 41 mangsa di daerah berkenaan telah dibenarkan pulang pada 4 petang tadi," katanya.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail mengumumkan tempoh berjaga-jaga menghadapi banjir dari 15 Dis 2010 hingga 15 Januari sebelum dilanjutkan ke 9 Feb ini.

Di Johor, secara keseluruhannya, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di negeri ini telah menurun daripada 30,416 orang pada sebelah pagi kepada 28,940 orang.

Menurut laporan portal rasmi kerajaan negeri Johor www.johordt.gov.my, sebanyak 115 pusat pemindahan masih dibuka di daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Ledang.

Pusat-pusat pemindahan di daerah lain sudah ditutup setelah keadaan kembali pulih. Bagaimanapun, jumlah mangsa di Muar meningkat daripada 10,039 orang kepada 10,599 orang berikutan kenaikan paras air akibat limpahan air sungai dari daerah Segamat.

Jumlah mangsa turut meningkat di Batu Pahat iaitu daripada 8,599 orang kepada 9,105 orang dan daripada 7,351 orang kepada 7,377 orang di Ledang.

Mangsa di Segamat telah menurun daripada 4,212 orang kepada 1,859 orang. Ketika dihubungi, kesemua petugas di bilik gerakan banjir daerah yang terbabit melaporkan cuaca baik pada hari ini.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan