Hampir 9,000 Pelajar Kita Dianggar Berjaya Dibawa ke Jeddah Menjelang Tengah Malam Ini

Diterbitkan: Sabtu, 5 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hampir 9,000 pelajar Malaysia dianggarkan berjaya dibawa keluar dari Mesir ke Jeddah menjelang tengah malam Sabtu, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail.

Beliau berkata, setakat ini kira-kira 760 pelajar Malaysia sudah pun berjaya dipindahkan keluar ke Jeddah pada Khamis dan lebih kurang 3,300 orang lagi pada Jumaat.

Kesemua rakyat Malaysia yang dibawa keluar menerusi misi menyelamat Kerajaan Malaysia kini ditempatkan di asrama Tabung Haji di Jeddah.

“Tumpuan pada masa ini adalah untuk membawa mereka keluar dari Mesir terlebih dahulu dan menempatkan mereka dengan selamat di Jeddah. Selepas semua selesai baru kita fikir soal penghantaran mereka pulang ke Malaysia.

“Jumlah 9,000 pelajar Malaysia itu merupakan mereka yang berada di kawasan berisiko di Kaherah berikutan pergolakan yang berlaku,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Shahlan, sejak Jumaat, misi menyelamat Malaysia melakukan 15 penerbangan keluar dari Kaherah dan tiga penerbangan keluar dari Iskandariah ke Jeddah dan jumlah penerbangan yang sama akan diikuti pada Sabtu.

Shahlan berada di Kaherah sejak Isnin lalu untuk memantau keadaan di negara yang bergolak itu atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita seboleh-bolehnya tidak mahu membiarkan mereka berada lama di Jeddah. Justeru, setiap perkembangan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha untuk membawa mereka pulang ke Malaysia secepat mungkin. Tidak dapat untuk ditetapkan bila pada masa ini tetapi misi kita ialah untuk membawa keluar semua rakyat kita dari Mesir terlebih dahulu,” katanya.

Terdapat enam pesawat yang akan membawa pelajar Malaysia ke Jeddah iaitu tiga pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), manakala masing-masing satu pesawat daripada Malaysia Airlines (MAS) dan dua AirAsia.

Sebuah lagi pesawat milik MAS dijangka tiba di Kaherah menjelang lewat malam ini.

Menurut Shahlan, sebahagian pelajar Malaysia sudah pun menunggu di Lapangan Terbang Kaherah dan Lapangan Terbang Iskandariah sejak malam Khamis.

“Penerbangan pertama bermula pada 9 pagi ini (waktu tempatan) bagi menyambung proses pemindahan pelajar keluar dari Kaherah ke Jeddah,” katanya.

Kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang Khamis waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dan telah pun selamat tiba di Jeddah.

Mereka terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi, berjaya dibawa keluar menerusi pesawat Boeing 747 milik MAS.

Setakat ini, seramai 11,700 pelajar telah berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah sementara 5,000 lagi tidak berdaftar.

Krisis politik yang kian memuncak di Mesir berikutan tunjuk perasaan yang mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah negara itu selama lebih 30 tahun supaya meletakkan jawatan dengan segera.

Tunjuk perasaan itu menyebabkan beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir sejak 28 Januari lalu termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura.

11 orang dilaporkan terbunuh sejak Khamis lalu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan