Debat Ulama UMNO-PAS Baik, Namun Harus Cari Kaedah Sesuai

Diterbitkan: Sabtu, 5 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Cadangan debat antara ulama Umno dan PAS adalah baik demi mengukuhkan perpaduan pada kalangan umat Islam, namun perkara itu harus dilakukan menerusi satu kaedah yang sesuai.

Ketua Umno Bahagian Kota Baharu Datuk Fatmi Che Salleh berkata ini bagi mengelakkan timbul perkara lain yang memburukkan lagi keadaan.

Fatmi yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri seterusnya mencadangkan agar perkara itu diatur oleh badan bukan kerajaan yang berperanan sebagai 'orang tengah'.

"Apa yang penting suatu kaedah berkesan patut dicari bagi mengadakan debat itu supaya tidak menimbulkan kesan lebih buruk dengan mengadakan debat mengenai agama di antara ulama dua parti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai kesediaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyahut cabaran ulama Umno Prof Mohd Noor Idris, yang mahu berdebat secara terbuka mengenai kenyataan Mursidul Am PAS itu yang didakwanya merosakkan akidah umat Islam.

Fatmi juga berkata perselisihan pendapat mengenai agama Islam tidak harus dipandang remeh, sebaliknya wajar diberi perhatian agar tidak membawa kesan perpecahan yang lebih buruk pada kalangan umat Islam.

Mengenai program derma darah hari ini, Fatmi berkata acara itu juga adalah sebagai satu cara menterjemahkan gagasan 1Malaysia khususnya dalam mengeratkan hubungan antara masyarakat Malaysia dan agensi kerajaan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan