TPM Dijangka Hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN P.Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 4 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Ahad ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata rumah terbuka yang akan bermula pada pukul 11 pagi itu diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, di sini.

"Kira-kira 5,000 orang dijangka hadir pada rumah terbuka yang diadakan bersama oleh parti-parti komponen BN itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina di sini, pada Jumaat.

Koh, yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang, berkata BN Pulau Pinang mengalu-alukan kehadiran penduduk negeri itu untuk bersama-sama memeriahkan rumah terbuka berkenaan.

Majlis rumah terbuka anjuran Dewan Perhimpunan Cina itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Pada majlis itu, kira-kira 1,000 tetamu yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat pelbagai kaum turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan