Sistem AES Mampu Tangkap 95 Peratus Pesalah Trafik

Diterbitkan: Jumaat, 4 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perancangan sedang dibuat untuk pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di jalan-jalan raya berisiko tinggi kemalangan di seluruh negara bagi pemantauan lebih baik untuk menahan pesalah trafik.

Ketua Pengarah Jabatan Keselematan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh berkata sistem pemantauan boleh dioptimumkan sehingga 95 peratus melalui penggunaan AES yang berfungsi merakamkan pesalah trafik menerusi kamera online.

"Fungsi AES untuk meningkatkan kecekapan penguatkuasaan di mana persepsi pesalah trafik ditangkap oleh pihak berkuasa pada hari biasa ialah setakat 20 ke 25 peratus dan semasa musim perayaan ialah 50 peratus, dengan penggunaan AES ianya akan ditingkatkan ke tahap 95 peratus," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya di Stesen Bas Bukit Jalil di sini, Jumaat.

Suret berkata sistem itu yang digunakan secara meluas di negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, akan membolehkan saman trafik dikeluarkan serta merta yang akan menjadikan keseluruhan proses pengeluaran saman lebih efisien tidak sepertimana sebelum ini yang mengambil masa yang lama.

Katanya bila sistem itu akan dilaksanakan masih di peringkat perbincangan antara Kementerian Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Jalan dan Pengangkutan (JPJ) dan JKJR.

Mengenai kempen Ops Sikap ke-23 yang berakhir Khamis depan sempena sambutan Tahun Baru Cina, Suret berkata kadar kematian 12.8 peratus yang dicatatkan pada hari ke-lapan kempen berbanding 18.5 peratus pada hari biasa adalah baik tetapi lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk memastikan peratusan kematian adalah sifar.

"Kita kena memupuk budaya yang mengamalkan aspek keselamatan dan berhemah di jalan raya, itu adalah sangat penting," katanya.

Mengenai pengguna motosikal kekal mencatatkan jumlah kematian tertinggi, Suret berkata orang ramai sepatutnya menggunakan pengangkutan awam yang bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi juga lebih selamat.

"Apabila mereka beralih kepada kereta, risiko akan mengurang sebanyak hampir 20 kali ganda, beralih kepada bas kurang sebanyak 300 kali ganda, guna kereta api ianya kurang lagi, sistem udara dikurangkan lagi.

"Jadi satu daripada strategi kita ialah menggalakkan orang yang guna motosikal untuk gunakan pengangkutan awam di mana ianya boleh mengurangkan risiko," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan