Sabah Tubuh Urusetia Khas Bagi Selaras Urusan Bawa pulang 314 Pelajar Negeri Itu

Diterbitkan: Jumaat, 4 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan sebuah urusetia khas bagi menyelaras usaha membawa pulang pelajar Sabah yang terperangkap dalam pergolakan politik di Mesir.

Urusetia tersebut itu diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman, dan akan beroperasi sehingga semua 314 pelajar Sabah dibawa pulang ke tanah air.

"Semua pelajar berkenaan akan dibawa pulang secara berperingkat tertakluk kepada jadual penerbangan yang diuruskan oleh kerajaan," kata Sukarti dalam kenyataan Jumaat.

Katanya ibu bapa dan ahli keluarga boleh mendapatkan maklumat daripada pegawai urusetia khas dengan menghubungi Datuk Nordin Siman di talian 019-8620993, Datuk Amri A Suratman (019-8815854), Mohd Zaratkhan Abd Rahman (012-8023107), Darus Nasir (012-8325400) dan Pusat Zakat Sabah di talian 088-240160.

Menurutnya, talian Pusat Zakat Sabah dibuka pada waktu pejabat hari Isnin hingga Jumaat dan mulai pukul 9 pagi hingga 8 malam (Sabtu dan Ahad.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan