Pelajar Malaysia Ditempatkan Di Pusat Transit Madinatul Hujaj Di Jeddah - Berita Semasa | mStar

Pelajar Malaysia Ditempatkan Di Pusat Transit Madinatul Hujaj Di Jeddah

Diterbitkan: Jumaat, 4 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Sebuah bilik gerakan dibuka di pusat transit Madinatul Hujaj di sini yang menempatkan pelajar Malaysia yang dibawa keluar dari beberapa bandar di Mesir yang sedang bergolak.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Datuk Mohd Hidayat Abdul Hamid, berkata pusat transit itu mampu menempatkan 3,000 orang pada satu-satu masa.

Katanya setakat ini lebih 300 pelajar telah pun tiba di sini dan jumlah itu akan bertambah berikutan beberapa lagi penerbangan MAS, AirAsia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka tiba lewat, Jumaat.

Mohd Hidayat memberitahu Bernama di sini bahawa ibu bapa pelajar yang dipindahkan ke pusat transit itu boleh menghubungi bilik gerakan di talian 009-6626-301678 atau 009-6626-726191 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Katanya sekiranya keadaan memerlukan, pelajar juga akan ditempatkan di Maktab Tabung Haji di sini.

Beliau berkata ibu bapa tidak perlu bimbang tentang kebajikan anak mereka ketika berada di pusat transit berkenaan.

Salah seorang pelajar yang ditemui di pusat berkenaan, Eizat Rejab, 20, berkata bahawa mereka berkumpul di Rumah Negeri Perlis di Kaherah sebelum dibawa oleh pegawai kedutaan Malaysia ke lapangan terbang Kaherah.

Beliau berkata kumpulan pertama pelajar yang dibawa masuk adalah dari Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan di mana majoritinya adalah wanita.

Kumpulan kedua pula difahamkan terdiri daripada pelajar dari Selangor dan Sarawak, katanya yang merupakan penuntut Pengajian Syariah Islami Universiti Al-Azhar Kaherah.

Mohd Ainur Rabbani, 19, penuntut Pengajian Usul Fiqh di Universiti Jordan, berkata beliau yang berada di Mesir untuk bercuti pada mulanya tidak begitu yakin akan dapat keluar dari Kaherah.

Bagaimanapun, beliau yang berasal dari Subang Jaya, Selangor, merasa lega dengan tindakan kerajaan Malaysia membawa beliau dan rakan-rakan keluar dari negara itu.-BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan