Jenazah Bekas MB Johor Datuk Abdul Ajib Ahmad Selamat Dikebumikan - Berita Semasa | mStar

Jenazah Bekas MB Johor Datuk Abdul Ajib Ahmad Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ajib Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Maghrib, Khamis.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara di sini.

Antara kenamaan yang hadir ialah Pendana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang serta anggota Parlimen Johor Bahru Datuk Seri Shahrir Samad.

Najib yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, menyifatkan Abdul Ajib, 64, sebagai tokoh politik tanah air yang banyak menyumbang kepada pentadbiran di peringkat kerajaan negeri serta nasional.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 3.25 petang di Hospital Pakar Damansara akibat sakit jantung dan meninggalkan seorang balu Datin Ropeah Hassan, 60, serta empat anak. Abdul Ajib menjadi Menteri Besar Johor mulai 1982 hingga 1986.

Sementara itu, anak Allahyarham, Ahmad Nazri, 35, berkata bapanya turut menghidap kencing manis serta penyakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan