Demokrasi berat Sebelah Tidak Memungkinkan Pas Teraju Kelantan, Kedah - Shafie Apdal

Diterbitkan: Jumaat, 4 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini berkata jika benar demokrasi negara ini berat sebelah, parti PAS tidak akan dapat memimpin negeri Kelantan sebegitu lama.

Malah katanya, PAS juga tidak mungkin merampas Kedah daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lepas.

Semua itu adalah bukti kemenangan seseorang calon pada pilihan raya adalah disebabkan pilihan rakyat, katanya ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Parti Bersatu Sabah sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kekalahan calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor disebabkan demokrasi berat sebelah.

Antara lain, Abdul Hadi dilapor berkata peraturan pilihan raya tidak berasaskan suasana pertandingan yang adil selain persekitaran kempen yang dipenuhi sogokan.

Mengulas lanjut, Shafie berkata pada setiap pilihan raya, setiap parti bertanding diberi peluang yang sama untuk berkempen termasuk PAS pada pilihan raya kecil DUN Tenang itu.

"Parti pembangkang pun mempunyai kebebasan pergi rumah ke rumah rakyat semasa berkempen. Ada juga di antara mereka menggunakan peluang itu untuk menghasut dan ini akan memecah-belahkan rakyat," katanya.

Bagaimanapun katanya, usaha PAS itu gagal menarik perhatian masyarakat di Tenang yang jelas mahukan wakil yang dapat meneruskan pembangunan di kawasan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan