PTPTN Peruntuk RM5.8 Bilion Pinjaman Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 3 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM5.8 bilion untuk pinjaman kepada pelajar ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara pada tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata pada tahun lepas PTPT Nmemberikan pinjaman lebih RM4 bilion kepada 210,000 pelajar.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis sambutan perayaan Tahun Baru Cina kawasan Parlimen Kuala Krau, anjuran MCA Bahagian Kuala Krau di sini, Khamis.

Ismail berkata sejak ditubuhkan pada 1997, PTPTN telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM24 bilion kepada 1.3 juta pelajar pelbagai kaum.

Katanya sehingga akhir tahun lepas, hanya RM2.3 bilion bayaran balik berjaya dikutip walaupun pelbagai peringatan dibuat kepada peminjam.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata seramai 78,000 individu yang disenarai hitam kerana liat menjelaskan pinjaman berjaya dikesan.

Beliau berkata kira-kira 7,400 daripada mereka telah menjelaskan pinjaman manakala selebihnya terus berdiam diri.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan