PM: Usaha Salur Bantuan Banjir Lancar

Diterbitkan: Khamis, 3 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha penyaluran bantuan kepada mangsa banjir di beberapa negeri yang terjejas berjalan baik setakat ini.

Bagaimanapun, katanya terdapat beberapa halangan yang menyukarkan bantuan disalurkan kepada mangsa banjir iaitu arus air yang terlalu deras dan kawasan terpencil.

"Pada umumnya segala usaha kita berjalan dengan baik tetapi mungkin ada tempat tertentu yang terpencil menimbulkan sedikit masalah dari segi perhubungan dan juga penyelarasan di antara agensi-agensi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan di Menara PGRM di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang meminta pihak berkuasa meningkatkan sistem pengurusan banjir bagi memastikan semua mangsa menerima kemudahan disediakan.

Najib berkata air yang terlalu deras menyukarkan bot-bot biasa untuk melalui kawasan tersebut bagi menghulurkan bantuan.

"Kita perlu bot yang lebih laju, keupayaan lebih tinggi lagi. Kalau bot-bot biasa saya diberitahu mereka tak lepas ke tempat tertentu kerana arus terlalu deras.

Ini satu daripada yang kita dapat lihat keperluan dalam kita mengendalikan pengurusan banjir," katanya.

Beberapa kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah dilanda banjir hingga mengakibatkan ribuan mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan