MAlaysia Rakam Penghargaan Kepada Arab Saudi

Diterbitkan: Khamis, 3 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan penghargaan kepada Raja Abdullah dan Putera Mahkota kerajaan Arab Saudi kerana membenarkan Malaysia menggunakan ruang udara mereka untuk membawa keluar pelajar dan rakyat yang terperangkap dalam krisis di Mesir, ke negara itu.

Najib berkata kerajaan juga mengucapkan terima kasih di atas persetujuan Arab Saudi yang membenarkan Malaysia menggunakan kemudahan Tabung Haji di Jeddah sebagai tempat transit kepada pelajar dan rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air.

"Kami mengirim perutusan itu menerusi saluran persendirian baginda (Raja Abdullah)... (kami menerima perutusan baginda) awal hari ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.

Najib berkata beliau telah meminta Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyelaraskan perkara itu supaya operasi membawa keluar rakyat dan pelajar di Mesir berjalan lancar di samping keselamatan mereka sentiasa diutamakan.

Selasa lepas, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Mengulas mengenai pergolakan politik Mesir yang semakin tenat, Najib berkata keadaan itu wajar dijadikan pengajaran kepada Malaysia yang perlu mendahulukan rakyat sepanjang masa dalam pentadbiran negara.

"Saya melihat bahawa dalam era sekarang ini kita perlu ambil iktibar bahawa rakyat merasakan mereka dapat keupayaan yang lebih kuat lagi yang diperkasakan melalui proses globalisasi.

"Maka kuasa rakyat itu merupakan satu keadaan atau fenomena di mana rakyat kalau tidak berpuas hati mereka akan tunjuk sikap mereka secara lebih terbuka, inilah satu pengajaran kepada kita," katanya.

Najib berkata beliau berharap agar pergolakan di Mesir dapat diselesaikan berpaksikan kepada tuntutan dan kehendak rakyat negara itu sendiri bagi menentukan masa depan dan corak pemerintahan mereka.

"Dalam sistem yang kita amalkan tentu sekali kehendak rakyat adalah yang diutamakan, tidak sewajarnya mengundang campur tangan daripada luar atau dari mana-mana negara asing. Kita serahkan perkara ini kepada rakyat Mesir untuk menentukan, itu yang sebaik-baiknya," katanya.

Beliau juga mahu kedua-dua pihak iaitu penyokong kerajaan dan penunjuk perasaan tidak menggunakan sebarang kekerasan sehingga menyebabkan rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa.

"Kita mahu supaya kedua-dua pihak tidak menggunakan sebarang kekerasan dan tidak perlu sesiapa jadi mangsa terutama sekali rakyat yang tidak berdosa kerana mereka cuma mahu menunjukkan pendirian mereka dalam soal kepimpinan kerajaan Mesir," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan