Golongan Intelektual Islam Perlu Tampil Untuk Redakan Perpecahan Melayu:Rais

Diterbitkan: Khamis, 3 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELEBU: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta cerdik pandai dalam bidang agama Islam supaya tampil ke depan untuk menangani masalah perpecahan bangsa Melayu yang semakin kronik hari ini.

Golongan cerdik pandai ini tidak perlu takut dikecam oleh golongan ulama dalam sesebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, katanya.

"Mereka tidak perlu khuatir untuk menyuarakan pandangan bahawa mereka ini bukan mursyidul am. Golongan pensyarah dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ahli dalam agama pun layak memberikan pandangan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Tahun Baru Cina di rumah anggota Exco Negeri Sembilan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chennah Datuk Siow Chen Pin di Taman Bukit Kempas, Titi dekat sini, Khamis.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa realiti perpecahan bangsa Melayu pada hari ini hanya disebabkan kerana perbezaan politik mereka.

Rais berkata, keadaan perpecahan ini diburukkan lagi dengan tafsiran yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang bertaraf ulama seperti Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat banyak memberikan kenyataan yang bertentangan dengan seruan perpaduan yang dikehendaki oleh Islam.

"Keadaan seperti ini tidak harus berlaku. Tetapi berapa ramai yang berani menyanggah Datuk Nik Aziz?," soalnya.

Tidak ramai yang mahu menyanggah beliau tetapi ramai pula yang sanggup menyokong kenyataan Nik Aziz yang ternyata sangat berlawanan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam dan ini memburukkan lagi keadaan, katanya.

Beliau berkata, golongan ulama dalam Umno juga tidak boleh berdiam diri dengan perkembangan ini.

"Umno kita mempunyai cukup ramai alim ulama, lepasan Universiti Al-Azhar, imam, kadi dan lain-lain. Ulama dan intelektual Islam di luar Umno dan parti politik juga bebas memberi pendapat dan pandangan," katanya.

Rais berkata, apa yang berlaku terhadap orang Melayu hari ini kebanyakannya berpunca daripada salah tafsiran mengenai agama dan perjuangan mereka.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan