Tiga Pesawat TUDM Akan Berlepas Ke Mesir 12 Tengah Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berda di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.

"Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

"...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan