Sikap Sombong, Khianat Anwar Punca Anggota PKR 'Chow Liao'

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Sikap pembohong besar dan khianat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim lambat laun akan menyebabkan beliau ditinggalkan seorang diri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sikap itu, kata Muhyiddin, telah menyebabkan ramai anggota pengasas dan pimpinan penting parti itu 'chow liao' atau cabut lari beramai-ramai, terbaru adalah Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang keluar dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 29 Januari lalu.

"Semua pengasas bersama sudah 'chow liao', lari tinggalkan Anwar seorang sahaja.

"Terbaru Gobalakrishnan... mereka tak percaya kerana Anwar pembohong besar, pengkhianat negara," katanya sambil menambah Anwar telah membuat pelbagai cerita di dalam dan luar negara yang tidak membawa sebarang kebaikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir kawasan parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh, di sini Rabu.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, BN tidak gentar dengan hasrat Anwar untuk membuat lawatan ke 30 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memperkukuhkan PKR dan memberi penerangan kepada orang ramai.

Ini kerana parti pembangkang itu hanya membawa berita buruk dengan cercaan, fitnah dan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, katanya.

Beliau berkata BN sentiasa bersedia di mana-mana kawasan untuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat mengenai dakwaan Anwar terhadap kerajaan.

"Kian hari kepercayaan orang kian runtuh, jadi dia (Anwar) mungkin rasa perlu gerak ke pelbagai tempat untuk tambah jangka hayat nyawa ikan yang masih tinggal.

"Saya cadangkan dia gerak ke seluruh negara bukan 30 kawasan sahaja kerana imej dia sudah teruk dan orang tidak percaya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan