MARA Hantar Pegawai Ke Mesir Bantu Pemindahan Pelajar

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menghantar lima pegawainya ke Mesir bagi membantu pemindahan pelajar tajaannya dari negara yang mengalami pergolakan itu ke Jeddah, Mekah.

Pengerusi MARA Datuk Seri Idris Jusoh berkata dua daripada pegawai itu akan berlepas dengan penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) petang ini manakala tiga lagi akan berlepas malam Selasa dengan penerbangan biasa.

Katanya, kelima-lima pegawai itu akan diletakkan di Jeddah bagi menggerakkan bilik operasi di samping memberi pelbagai bantuan termasuk kaunseling dan logistik.

"Proses pemindahan itu dijangka akan mengambil masa tiga hari sebelum kesemua pelajar MARA dijangka pulang ke tanah air 4 Februari nanti," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Selain itu, katanya bilik operasi turut dibuka di Tingkat 4, Ibupejabat MARA di ibu negara sejak 31 Januari lalu yang beroperasi 24 jam.

Idris berkata MARA juga telah mengerahkan para pegawainya untuk berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa ketibaan pelajar pada 4 Februari nanti bagi urusan pengangkutan dan penginapan sementara mereka di German-Malaysia Institut, Bangi.

Menurutnya pada masa ini terdapat hampir 1,000 pelajar tajaan MARA di Mesir yang majoritinya sedang mengambil bidang perubatan.

Bagi mendapatkan sebarang maklumat berhubung kedudukan dan keadaan pelajar MARA di Mesir, hubungi talian MARA 03- 26936666/03-26943366/03-26946622. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan