Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat Kepada 1,941 Orang

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jumlah mereka yang terlibat dengan bencana banjir di dua daerah di Pahang kini meningkat kepada 1,941 orang berbanding 1,777 petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Rompin merekodkan pemindahan tertinggi iaitu seramai 1,778 orang daripada 222 keluarga membabitkan lima buah kampung.

Kampung-kampung terbabit ialah di Bukit Serok (1,499 orang), Kampung Rekoh (162), Kampung Kurnia Tanjung Gemok (85), Kampung Mekang Ibam (26) dan Kampung Lubuk Batu (6 orang), katanya ketika dihubungi pagi ini.

Jurucakap itu berkata di Temerloh, mangsa yang dipindahkan adalah seramai 163 orang daripada 44 keluarga di empat buah kampung, iaitu Kampung Insaf (83 orang), Kampung Batu Kapor (70), Kampung Sempadan (7) dan Kampung Rantau Panjang Lanchang (3).

Katanya beberapa jalan turut ditutup kepada semua kenderaan melibatkan jalan Kampung Inoi, jalan Kampung Baru Bukit Ibam, jambatan Sungai Gayong Kedaik dan jambatan Kampung Lubuk Batu Kota Bahagia di Rompin.

Sementara itu, jalan di Km 5 Felda Selancar, Rompin, ditutup kepada kenderaan berat selepas berlaku runtuhan tebing manakala Jalan Hwa Li Cenderawasih dan Jalan Lam Trading Cenderawasih hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda, katanya. Selain itu katanya, Km 22 Jalan Kemayan-Risda di Bera hanya boleh dilalui kenderaan berat selepas dinaiki air sedalam 1.5 meter.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan