Laluan Segamat-Jementah, Bukit Kepong-Muar Masih Ditutup

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Laluan Segamat menghala ke Jementah dan laluan Bukit Kepong menghala ke Muar di sini masih ditutup kepada orang ramai berikutan banjir.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat berkata laluan Segamat-Jementah ditutup ekoran jambatan runtuh, manakala laluan Bukit Kepong menghala Muar dipenuhi air yang masih bertakung dan berbahaya untuk semua kenderaan.

"Bagaimanapun hampir kesemua laluan utama di Labis di sini mulai dibuka kepada orang ramai hari ini setelah cuaca semakin baik. Bagaimanapun, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati menghadapi sebarang kemungkinan," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Laluan menghala ke Universiti Teknologi Mara Cawangan Segamat masih dibanjiri air dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir melanda Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan sehingga Ahad ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan