Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Pahang meningkat kepada kepada 2,081 orang petang ini berbanding 1,941 orang pagi Rabu.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Rompin masih merekodkan pemindahan tertinggi iaitu seramai 1,783 orang daripada 231 keluarga selepas lima buah perkampungan dilanda banjir.

Katanya, lima penempatan berkenaan ialah di Bukit Serok dengan seramai 1,514 orang diikuti Kampung Rekoh (168 orang), Kampung Kurnia Tanjung Gemok (83), Kampung Aur (12) dan Kampung Lubuk Batu (enam).

Daerah Temerloh pula katanya, melibatkan 298 mangsa daripada 83 keluarga selepas lima penempatan dilanda banjir iaitu Kampung Kampung Batu Kapor (159), Kampung Batu Kapor Bawah (46), Kampung Insaf (83), Kampung Sempadan (tujuh) dan Kampung Rantau Panjang (tiga).

Katanya, beberapa jalan turut ditutup kepada semua kenderaan melibatkan Jalan Kampung Inoi, jalan Kampung Baru Bukit Ibam, jambatan Sungai Gayong Kedaik, jambatan Tanjung Kerayong Mentakab dan jambatan Kampung Lubuk Batu Kota Bahagia di Rompin.

Sementara jalan di KM5 Felda Selancar, Rompin ditutup kepada kenderaan berat selepas berlaku tebing runtuh manakala Jalan Hwa Li Cenderawasih dan Jalan Lam Trading Cenderawasih hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda, katanya.

Selain itu katanya, jalan KM22 Kemayan-Risda di Bera hanya boleh dilalui kenderaan berat selepas dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Sementara itu, keadaan banjir di daerah Tampin dan Jempol di Negeri Sembilan semakin pulih dengan sebahagian besar mangsa banjir telah pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir berkata seramai 899 mangsa banjir daripada 218 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan di dua daerah itu setakat pukul 6 petang ini.

Katanya seramai 876 mangsa banjir daripada 213 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan di daerah Tampin, manakala daerah Jempol hanya terdapat satu pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan Rompin yang menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan