"Bawa Balik Anak Kami Dengan Apa Cara Sekali Pun" - Ibu Bapa

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ibu bapa kepada pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir tidak dapat membendung rasa gelisah dan resah ke atas keselamatan anak masing-masing dan menyeru kerajaan menggunakan apa cara sekali pun untuk membawa mereka pulang dengan segera.

Ada ibu yang menangis dan mereka merupakan di antara 22 keluarga pelajar yang mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Anak Jaem di Wisma Putera di sini pada Rabu bagi membincangkan langkah untuk membawa pulang anak-anak mereka secepat yang mungkin.

Kakitangan awam, Salmah Abu Mansor berkata, sebarang kelewatan untuk menyelamatkan pelajar hanya memburukkan keadaan dan membimbangkan ibu bapa.

"Kami di sini tidak dapat tidur mengenang keadaan anak-anak di Mesir. Kerajaan perlu bertindak segera dalam apa cara sekalipun," katanya yang bimbang akan keadaan anaknya, Intan Noratiqah Mohd Yunos, 21 yang kini merupakan pelajar perubatan tahun tiga di Universiti Zagaziq, Mesir.

Dia yang sempat membuat panggilan telefon dengan anaknya tengah hari Rabu mengharapkan kerajaan bertindak bagi mengelakkan keadaan lebih buruk akan berlaku.

"Mereka sukar untuk berbuat apa-apa sebab hanya berkurung di rumah. Kami di sini yang selalu mendengar berita mengenai keadaan di sana.

"Gunalah jalan darat ke, jalan air ke, jalan udara ke, yang penting anak-anak kami dibawa pulang segera dengan selamat," kata Salmah.

Bagi Peniaga, Maizarah Abu Bakar, 47, dia bersyukur kerana berpeluang membuat panggilan dengan anaknya, Kauthar Hassan, 22, pada pagi Rabu.

"Dia dalam keadaan baik. Tapi sampai bila. Anak saya perlu diselamatkan segera.

"Saya terdengar suara orang Arab tadi (masa panggilan), saya ingatkan anak saya diapa-apakan. Lakukan sesuatu dengan cepat. Kenapa nak tunggu lagi? Macam-macam boleh berlaku lagi selepas ini," katanya yang begitu bimbang tentang keadaan anaknya yang merupakan pelajar jurusan perubatan tahun dua di Universiti Mansurah.

Sementara itu, seorang lagi kakitangan awam, Nadzari Shaari, 56, menyifatkan tindakan kerajaan yang perlu dirancang lebih baik dengan memikirkan keutamaan dalam tempoh singkat.

Bapa kepada Dhiyauddin Athir, 20, pelajar perubatan tahun pertama di Universiti Al-Azhar itu berkata, penunjuk perasaan di Mesir sedang menunggu masa sehingga Jumaat bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dengan segera.

"Saya dimaklumkan bahawa anak kepada rakan saya diacukan senjata oleh penunjuk perasaan di sana sewaktu dia keluar bersama rakan-rakan untuk membeli makanan.

"Anak saya masih selamat tetapi ini yang perlu menjadi keutamaan. Kerajaan perlu memikirkan cara untuk memindahkan mereka dalam tempoh sekarang sehingga Jumaat bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku," katanya.

Krisis politik yang kian memuncak di Mesir dan ketidaktentuan keselamatan berikutan tunjuk perasaan yang mendesak Mubarak meletakkan jawatan telah menjadikan negara itu huru-hara. Mubarak telah memerintah Mesir selama lebih 30 tahun.

Adalah dianggarkan terdapat 11,319 pelajar Malaysia di seluruh Mesir.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan