22 Keluarga Pelajar Universiti di Mesir Bertemu Timbalan Menteri Luar

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Luar pada Rabu cuba menenangkan 22 ahli keluarga pelajar Malaysia yang masih terkandas di Mesir dengan menegaskan keselamatan mereka menjadi keutamaan buat masa ini.

Kata-kata tersebut diberikan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Anak Jaem dalam pertemuannya dengan 22 keluarga pelajar Malaysia di Wisma Putera di sini pada Rabu.

Keluarga pelajar-pelajar berkenaan telah dimaklumkan tentang langkah-langkah untuk membawa pulang anak-anak mereka secepat mungkin.

"Saya faham keadaan ibu bapa pelajar mengenai krisis yang berlaku. Kami terima cadangan yang diajukan dalam perbincangan ini.

"Bagi kami, semua rakyat Malaysia adalah sama tidak kira raja atau orang miskin kerana apa yang penting ialah keselamatan mereka semua terjamin," katanya dalam sesi soal jawab bersama keluarga pelajar Malaysia berkenaan.

Richard berkata, semua pelajar Malaysia akan dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi sebaik sahaja peluang tersebut diperolehi.

"Sehubungan itu, saya memohon agar semua ibu bapa memaklumkan nama penuh pelajar, nombor telefon untuk dihubungi serta alamat mereka kepada Wisma Putera bagi memudahkan pemindahan dan khidmat bantuan," katanya.

Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas ke Mesir tengah hari Rabu bagi membawa pulang pelajar Malaysia ke tanah air.

Antara cadangan yang diusulkan oleh ibu bapa dalam dialog yang diadakan sebentar tadi ialah, meminta Wisma Putera melaporkan perkembangan terkini pelajar di negara itu secara berterusan sama ada melalui pejabat operasi atau media massa.

Menurut Richard, aduan mengenai pejabat operasi di Wisma Putera tidak memberi respon adalah tidak benar.

"Kami di sini beroperasi 24 jam dan talian hotline turut ditambah bagi memudahkan pertanyaan dan bantuan.

"Hendak diperjelaskan bahawa nada panggilan adalah normal meskipun pegawai bertugas sedang sibuk menjawab panggilan. Justeru, orang ramai terutamanya ibu bapa diminta untuk bersabar menunggu," katanya.

Selain itu, ibu bapa pelajar turut mencadangkan agar kerajaan memaklumkan tempat sebenar bagi memudahkan para pelajar Malaysia dapat berkumpul bersama-sama sebagai langkah keselamatan dan khidmat bantuan terutama sewaktu pemindahan dilakukan.

"Kami akan terus berusaha demi keselamatan mereka dan diharapkan ibu bapa dapat memberi kerjasama dengan memaklumkan butiran mengenai anak-anak mereka kepada kami," kata Richard.

Setakat ini, seramai 11,319 pelajar Malaysia berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Kaherah.

Pertemuan 22 keluarga kepada pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir itu diketuai oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) diwakili oleh Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (GSMM) diwakili Ahli Majlis Tertingginya, Hilman Idham.

Krisis politik yang kian memuncak di Mesir berikutan tunjuk perasaan yang mendesak Presiden Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatan dengan segera.

Mubarak telah memerintah Mesir selama lebih 30 tahun.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan