500 Pelajar Malaysia Berpindah Ke Rumah Malaysia Di Abasiah, Kaherah

Diterbitkan: Selasa, 1 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 500 pelajar Malaysia akan berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai Isnin.

Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN), Muhammad Husaini Saleh berkata, arahan perpindahan itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke ARMA sejak 25 Januari lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Muhammad Husaini, yang juga pelajar perubatan di Universiti Kaherah berkata, perintah berkurung berkenaan dilaksanakan mulai 3 petang hingga 8 pagi esok (9 malam hingga 2 petang esok waktu Malaysia).

Menurutnya, pelajar-pelajar Malaysia hanya mengetahui keadaan di luar menerusi paparan berita menerusi televisyen dan radio kerana kerajaan Mesir telah memotong talian internet bagi mengelakkan penyebaran anasir berunsur hasutan.

"Hanya talian telefon yang masih boleh digunakan," katanya.

Muhammad Husaini turut menghargai kerjasama yang diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir yang menghulurkan bantuan makanan serta pakaian kepada pelajar Malaysia yang terjejas.

Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mengakibatkan kira-kira 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan