Najib, Putera Mahkota Abu Dhabi Akan Lancar Projek KLIFD Pada Jun

Diterbitkan: Isnin, 31 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ABU DHABI: Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dijangka melawat Malaysia pada Jun ini di mana beliau akan melancarkan bersama Projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang telah mengadakan perundingan dengan Ketua Eksekutif Mubadala Development Corporation Khaldoon Khalifa Al Mubarak di sini Ahad, berkata Mubadala telah mengulangi komitmennya terhadap KLIFD, iaitu satu cadangan pembangunan hartanah bersama bernilai US$8 bilion antara 1Malaysia Development Berhad dan Mubadala yang berpangkalan di Abu Dhabi.

"Mereka juga bersedia untuk memilih satu institusi kewangan utama Abu Dhabi sebagai bank peneraju di KLIFD," katanya kepada media Malaysia selepas mesyuarat itu.

Sebelum itu, Najib telah melancarkan majalah dan forum "Invest Malaysia 2011" di mana beliau mempromosikan Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan kepada para pelabur Teluk.

Para pelabur Emiriah juga, kata Najib berminat terhadap sektor minyak dan gas, hartanah dan tenaga Malaysia.

"Mereka sedang mengkaji kemungkinan memajukan dan memiliki hotel lima bintang di Malaysia," katanya.

Mubadala juga menerajui satu konsortium dalam pelaburan bernilai US$720 juta di dalam Medini Iskandar Malaysia di Johor, di selatan Malaysia.

Najib berkata ini mencerminkan minat Abu Dhabi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang semakin berkembang di Malaysia.

Menurut Najib, pihak Arab juga kelihatan bersedia melebarkan jangkauan pelaburan mereka sehingga merangkumi negara Asia seperti Malaysia berbanding dengan hanya memfokus pada Barat.

Perdana Menteri turut mengulas mengenai penandatanganan perjanjian kerangka antara Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang dilihat sebagai permulaan kepada perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara kedua-dua pihak.

Najib mendedahkan bahawa perjanjian kerangka itu ditandatangai di dalam tempoh enam minggu, yang disifatkannya sebagai "komitmen luar biasa."

"Kami menjangka perundingan berkenaan akan bermula pada Mac dan FTA berkenaan boleh dimuktamadkan dalam tempoh setahun atau setahun setengah," katanya.

Beliau berharap FTA itu akan memberikan lebih banyak manfaat kepada Malaysia di segi peluang menjana aktiviti perdagangan dan pelaburan.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan