MIC Gembira Sokongan Pengundi Dari Kaum India Di Tenang Meningkat

Diterbitkan: Isnin, 31 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC gembira melihat sokongan kalangan pengundi dari kaum India kepada Barisan Nasional (BN) meningkat, sebagaimana yang dibuktikan menerusi keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Tenang semalam yang menyaksikan keputusan lima kawasan peti undi majoriti kaum India memihak kepada calon BN.

Presidennya, Datuk G. Palanivel memberi contoh di kawasan peti undi utara Labis yang majoriti pengundinya adalah dari kaum India, pada pilihan raya 2008 BN hanya memiliki kelebihan dua undi untuk menguasai kawasan peti undi itu, namun pada pilihan raya kecil semalam, walaupun dalam suasana banjir BN memiliki kelebihan 114 undi.

"Undi kaum India di semua peti undi yang lain didapati turut meningkat. Di kawasan yang bukan majoriti kaum India, saya percaya undi mereka menambah jumlah majoriti kepada BN," katanya dalam setu kenyataan di sini, Isnin.

Pada pilihan raya kecil semalam, calon BN Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 apabila beliau memperolehi 6,699 undi, menewaskan calon PAS Normala Sudirman yang memperolehi 2,992 undi.

Palanivel seterusnya turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa memantau dan memberi nasihat serta bantuan, di samping Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana turut hadir dan memberi motivasi di perhimpunan-perhimpunan kaum India di kawasan itu.

Presiden MIC yang baru mengambil alih kepimpinan parti daripada Datuk Seri S.Samy Vellu Disember lepas itu juga berkata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman turut memainkan peranan penting dalam kemenangan itu, dengan melawat semua penempatan dan estet-estet yang didiami pekerja dari kaum India.

Dengan 1,780 pengundi, kaum India mewakili 12.7 peratus daripada 14,753 pengundi di Tenang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan