BN Menang Besar Di Tenang

Diterbitkan: Isnin, 31 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Barisan Nasional (BN)mencapai kemenangan besar mempertahankan kerusi N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Ahad.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini pada pukul 10 malam, Ahad.

Proses pengundian tetap dijalankan dalam suasana banjir teruk melanda Labis hingga menyebabkan jalan-jalan utama dari kampung terputus hubungan.

Namun, calon BN dari Umno, Mohd Azhar Ibrahim berjaya menewaskan pencabarnya Normala Sudirman dari Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Mohd Azhar yang juga bekas Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit meraih 6,699 undi berbanding Normala yang hanya mendapat 2,992 undi.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandanganya, Datuk Sulaiman Taha 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.

Majoriti yang diperoleh Mohd Azhar adalah 3,707 undi, berbanding 2,492 yang diperoleh Sulaiman pada pilihan raya umum 2008.

Hujan lebat yang turun sejak awal pagi sehingga mengakibatkan banjir menyebabkan para pengundi terpaksa dibawa ke tempat-tempat mengundi dengan menaiki trak tentera dan bot.

Keadaan cuaca buruk bagaimanapun tidak menghalang lebih kurang 72 peratus pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kali ini.

BN memperolehi majoriti di tiga daripada empat pusat mengundi kawasan Cina iaitu di Bandar Labis Timur, Labis dan Tenang malah pengaruh PAS di kubu kuatnya di Bandar Labis Tengah turut terhakis.

Keseluruhannya BN berjaya meraih 40 peratus undi Cina.

Sokongan kepada BN di kawasan-kawasan Felda dan kampung-kampung Melayu turut meningkat. Tiga kawasan Felda, iaitu Felda Tenang, Felda Chemplak Barat dan Felda Chemplak menunjukkan majoriti meningkat BN daripada 1,966 undi pada 2008 kepada 2,241.

Sementara itu, undi kaum India turut beralih kepada BN di mana majoriti undi di dua kawasan penduduk India meningkat daripada 260 pada 2008 kepada 365.

Turut hadir meraikan kemenangan calon BN itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengarah pilihan raya BN DUN Tenang, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin BN yang lain.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan