Pengundian Terus Brjalan, Mangsa Banjir Dipindahkan Terus Meningkat

Diterbitkan: Ahad, 30 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Proses pengundian pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang tetap berjalan walaupun beberapa kawasan rendah dilanda banjir dan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan terus meningkat.

Jurucakap polis bagi pilihan raya itu, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata sehingga pukul 2 petang ini, seramai 846 mangsa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Mangsa yang dipindahkan ke Balai Raya Kg Paya Dalam ialah seramai 53 orang; Balai Raya Kg Batu Badak (94); Sekolah Agama Pekan Air Panas (58); Balai Raya Kg Usaha Jaya (70); Balai Raya Kg Lembah Bakti (272); Balai Tadika Kg Orang Asli (130); Balai Raya Kg Sekijang (10); Balai Raya Kg Melayu Raya (12); Balai Air Bah Pagoh 2 (53); Sekolah Arab Kg Gubah (13); dan Balai Raya Kg Genuang India (81).

Walaupun hujan lebat masih berterusan, proses pengundian di beberapa pusat pengundian yang tidak terjejas dengan banjir berjalan lancar, katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata bot penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terpaksa digunakan untuk mengangkut pengundi dari Labis ke pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, kerana sebahagian laluan menuju ke pusat itu ditenggelami air.

Pusat pengundian itu bagaimanapun tidak terjejas kerana terletak di atas bukit.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan SPR, sehingga pukul 1 tengah hari seramai 55.36 peratus atau 8,167 orang daripada 14,753 pengundi telah keluar mengundi dalam pilihan raya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan