Parti Kompenan BN Mesti Terus Pegang Prinsip Kongsi Kuasa

Diterbitkan: Ahad, 30 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) mesti terus berpegang kepada prinsip perkongsian kuasa dalam memperjuangkan hak setiap kaum yang diwakili mereka, kata Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata prinsip itu penting untuk memastikan kestabilan, keharmonian dan toleransi parti BN terus kukuh.

"Kita sendiri dalam BN mesti yakin dengan semangat perjuangan BN untuk kekalkan keamanan, kestabilan, keharmonian, barulah kita boleh memberi seluruh jiwa raga, tumpuan kepada parti untuk memenangi hati rakyat," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen BN Pahang di sini, Ahad.

Turut hadir Pengerusi MCA Pahang Datuk Seri Liow Tiong Lai; Pengerusi MIC Datuk M. Davendran; Pengerusi Gerakan Datuk Dr Ng Keong Chye dan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) negeri Datuk M. Elayppen.

Konvensyen itu merupakan yang pertama dianjurkan di peringkat negeri selepas BN pusat mengadakan konvensyennya di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada Disember lepas.

Adnan, yang juga Menteri Besar Pahang, berkata kesemua parti komponen yang sememangnya berlandaskan kaum, berhak memperjuangkan nasib kaum masing-masing tetapi hendaklah berpaksikan semangat perjuangan BN dan toleransi kaum.

Adnan berkata tiada parti selain BN yang mampu mengamalkan prinsip perkongsian kuasa dengan jayanya.

Katanya pakatan pembangkang walaupun mendapat banyak sokongan pada pilihan raya umum dan beberapa pilihan raya kecil lepas tidak mampu mentadbir secara berkongsi kuasa seperti yang dilakukan BN.

"Mereka hanya mempunyai satu objektif yang sama iaitu menggulingkan kerajaan BN walaupun mereka sendiri tahu, mereka tidak boleh berkongsi kuasa seperti BN," katanya.

Adnan berharap Konvensyen BN Pahang itu dapat meningkatkan persefahaman antara parti komponen selain berbincang mencari penyelesaian terhadap isu-isu berbangkit termasuk menyusun semula struktur organisasi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya berpendapat pilihan raya umum ke-13 lambat lagi, bukan dalam sebulan dua ini, kehadiran kita (pada konvensyen) ini didorong untuk mempersiapkan diri dan parti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan