Najib Tiba Di Abu Dhabi Untuk Lancarkan Invest Malaysia 2011

Diterbitkan: Ahad, 30 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ABU DHABI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Sabtu malama bagi melancarkan forum dan Invest Malaysia 2011 Magazine, dalam usaha menarik lebih ramai pelabur Negara-negara Teluk untuk melabur di Malaysia.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi disambut ketua protokol Kementerian Luar Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Abdul Salam Harib.

Turut hadir Duta Besar Malaysia Datuk Yahaya Abdul Jabar dan pegawai-pegawai kedutaan dan agensi-agensi kerajaan Malaysia.

Najib diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan kerja sehari itu.

Pesawat mereka mendarat di Abu Dhabi, ibu negara UAE, pada kira-kira 11 malam Sabtu waktu tempatan (3 pagi Ahad di Malaysia).

Majlis Invest Malaysia 2011 dianjurkan bersama Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Focus International dan Arabian Business dan kedutaan Malaysia di Abu Dhabi.

Najib juga dijadual menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Rangka Kerja mengenai Kerjasama Ekonomi, Pelaburan dan Teknikal (FAECITC) antara Malaysia dan negara anggota Majlis Kerjasama Negara Arab Teluk (GCC).

Kerjasama itu merupakan pelopor kepada perjanjian dagangan bebas antara Malaysia dan negara-negara anggota GCC iaitu Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Oman, Bahrain dan UAE.

Najib juga dijangka bertemu beberapa pemimpin industri dari negara-negara Teluk di luar daripada majlis Invest Malaysia 2011 yang diadakan di Emirates Palace Hotel. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan