Jasad Pelajar Malaysia Terbabit Kemalangan Diterbangkan Ke KL Ahad

Diterbitkan: Ahad, 30 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDUNG: Mayat pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Padang, Sumatera Barat semalam, akan diterbangkan ke tanah air, Ahad.

Mayat S. Yagneswaran dijadual diterbangkan dari Padang pada pukul 1.20 petang ke Jakarta dengan penerbangan Garuda, sebelum diterbangkan ke Kuala Lumpur pada pukul 5.20 petang.

Mayat mendiang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada pukul 8.20 malam.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata bapa pelajar tersebut telah tiba di Padang pada pukul 3.30 petang tadi.

"Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah membantu menguruskan penghantaran pulang mayat. Seorang pegawai MSD di Jakarta Ludinata Misnum akan mengiringi mayat pulang ke Jakarta esok," katanya ketika dihubungi, di sini pada Sabtu.

Dr Junaidy berkata beliau akan menunggu ketibaan mayat mendiang di Lapangan Terbang Antarabanngsa Soekarno-Hatta, Cengkareng, Banten esok, bagi memastikan penghantaran pulang jasad pelajar itu berjalan lancar.

Yagneswaran, 24, pelajar jurusan kedoktoran Universiti Andalas Padang meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Padang, Sumatera Barat pada petang Jumaat.

Ketika kejadian, Yagneswaran dilaporkan dalam perjalanan pulang dari hospital tempat dia menjalani latihan amali.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan