Hujan Lebat dan Banjir Dikhuatiri Jejas Peluang BN Raih Sokongan Besar Pengundi

Diterbitkan: Ahad, 30 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin khuatir hujan lebat yang berterusan hingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir di kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Tenang hari ini, akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan besar daripada pengundi.

"Insya-Allah BN menang tetapi peluang untuk mendapatkan sokongan besar akan terjejas," katanya kepada pemberita di Kuartes Perguruan Labis di sini.

Muhyiddin berkata jentera BN masih berusaha untuk mendapatkan sokongan besar itu dan moral pekerja parti masih tinggi.

Katanya selepas beliau berbincang dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, SPR bersetuju kenderaan seperti milik tentera dan Jabatan Bomba dan Penyelamat digunakan untuk membawa pengundi di kawasan yang dilanda banjir ke pusat pengundian.

Beliau mendapat maklumat bahawa beberapa kawasan rendah di DUN Tenang dilanda banjir dan penduduk yang terjejas sudah dipindahkan ke pusat pemindahan.

"Yang penting sekarang, saya nasihatkan (pengundi) apa-apa keadaan pun selamatkan diri, bila sudah selamat baru boleh pergi mengundi," katanya.

Ditanya khabar angin kononnya pilihan raya kecil itu ditangguhkan kerana banjir, Muhyiddin berkata SPR sudah memaklumkan kepada beliau bahawa perkara itu tidak benar.

Timbalan Perdana Menteri menyifatkan khabar angin itu sebagai satu lagi contoh taktik kotor pihak tertentu.

Ditanya mengenai peratusan pengundi yang keluar mengundi, Muhyiddin berkata kemungkinan ia lagi rendah kalau cuaca sebegini berterusan.

Terdahulu, Muhyiddin membuat tinjauan di beberapa pusat mengundi seperti Sekolah Kebangsaan Chempelak, Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin.

Beberapa jalan utama menghubungkan kampung, kawasan Felda dan taman perumahan di sekitar DUN Tenang terputus kerana dinaiki air.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.

Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan