Hujan Ganggu Kelancaran Mengundi Tapi Tak Halang Pengundi Keluar

Diterbitkan: Ahad, 30 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Hujan lebat, yang melanda daerah ini sejak beberapa hari lalu, dilihat sedikit mengganggu kelancaran proses pengundian bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang yang bermula pada pukul 8 pagi.

Hujan, yang turun berterusan sejak Selasa, bagaimanapun tidak menghalang pengundi berdaftar di kawasan DUN itu untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing di 12 pusat pengundian yang dibuka sehingga pukul 5 petang ini.

Selain kenderaan yang disediakan oleh parti-parti bertanding untuk kemudahan para pengundi ke tempat mengundi, para petugas SPR juga menyediakan kemudahan payung dan petugas untuk mengiringi pengundi dari luar pusat pengundian ke saluran peti undi.

Seorang pegawai SPR memberitahu pemberita bahawa pengundi tidak dibenarkan membawa payung sendiri masuk ke tempat pengundian kerana ditakuti payung berkenaan dijadikan senjata.

Sementara itu, tinjauan Bernama di pusat mengundi di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah mendapati suasana tenang sejak ia dibuka dan para pengundi dilihat beratur di luar dewan menunggu giliran masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim tiba di pusat mengundi di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah pada pukul 8.55 pagi untuk mengundi.

Beliau sempat beramah mesra dan menyapa seorang pengundi berkerusi roda yang mengundi di situ.

Ketika ditemui pemberita, Mohd Azhahar berkata: "Alhamdulillah, semua berjalan lancar, tanggungjawab pun dah ditunaikan. Harap semua pengundi dapat turun (keluar mengundi)."

Mohd Azahar, yang mesra dipanggil "Tok Ai", datang untuk mengundi bersama-sama dengan neneknya yang hanya dikenali dengan nama Hajah Esah, 95 tahun.

Beliau kemudiannya dilihat bergegas melawat ke pusat pengundian lain.

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang ditemui ketika meninjau proses pengundian pagi ini berkata, dalam tempoh sejam sejak pusat pengundi dibuka, sebanyak 11 peratus daripada 14,753 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

"Sekiranya 10 peratus daripada pengundi keluar setiap jam, adalah dijangka peratusan yang keluar mengundi dijangka mencapai 80 peratus," katanya.

Anggota Parlimen Labis, Chua Tee Yong yang ditemui ketika melawat di pusat pengundian di Kampung Paya Merah berharap hujan lebat yang turun pagi ini akan berhenti menjelang petang untuk memudahkan para pengundi keluar mengundi.

Pada pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, ditentang oleh calon PAS, Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan