Wad Pesakit Luar Khas Untuk Veteran ATM Februari Ini

Diterbitkan: Sabtu, 29 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Kebajikan lebih 300,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negara terus ditambah baik apabila kerajaan menubuhkan wad pesakit luar khas di hospital-hospital tentera bagi golongan itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengwujudan wad tersebut yang telah mendapat kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan memastikan golongan veteran ATM mendapat perkhidmatan perubatan terbaik di hospital-hospital ATM seluruh negara.

"Kita tidak janji politik, bila kita bercakap ertinya pelaksanaan berjalan serta merta. Kita (veteran) sebagai orang lama harus diiktiraf jasa kita dan pengorbanan kita kepada negara, jadi kita mesti dapat layanan istimewa kerana jasa kita," katanya semasa berucap pada majlis Menteri Pertahanan bersama veteran ATM dan keluarga, di sini, Sabtu.

Beliau berkata buat permulaan, wad berkenaan akan diwujudkan di Hospital ATM Tuanku Mizan, Kuala Lumpur yang akan mula beroperasi Februari ini, sebelum diperluaskan ke hospital-hospital ATM seluruh negara.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata bagi menghargai jasa dan pengorbanan veteran ATM, 90 peratus veteran ATM yang layak akan dikurniakan Pingat Jasa Malaysia (PJM) selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Kalau Kementerian Kewangan dapat menyediakan peruntukan yang lebih maka kita dapat menyediakan pingat yang lebih supaya akhir tahun ini kita dapat beri pingat kepada semua 100 peratus veteran ATM yang layak," katanya.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan pingat PJM kepada 10 veteran ATM dari negeri Johor bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka semasa berkhidmat dulu.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan