Trafik Di Tenang Semakin Sesak Menjelang Pengundian Pada Ahad

Diterbitkan: Sabtu, 29 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Keadaan trafik yang semakin sesak di sini dengan pertambahan mendadak jumlah kenderaan sejak semalam, dijangka semakin buruk esok apabila masyarakat keluar membuang undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Justeru, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai agar memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dengan kembali ke rumah selepas selesai menunaikan kewajipan.

Buat masa ini keadaan keselamatan adalah terkawal dan pihak polis akan memastikan kelancaran trafik ke semua 12 pusat membuang undi esok, katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.

Keadaan hujan yang diramal berlaku petang esok dijangka memburukkan lagi keadaan trafik.

Ismail turut memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mencetuskan sebarang kekacauan, Ahad.

Mereka yang didapati berbuat demikian akan berdepan dengan tindakan tegas pihak polis, katanya.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan