Suruhanjaya Siasatan Diraja Serah Laporan Kepada Agong 25 April

Diterbitkan: Sabtu, 29 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi kes kematian Teoh Beng Hock akan memulakan tugasnya pada 14 Februari dan menyerahkan laporan terakhirnya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 25 April.

Mengumumkan perkara itu pada Sabtu, ketua suruhanjaya berkenaan Tan Sri James Foong, yang mempengerusikan mesyuarat pertamanya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, berkata terserahlah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan tentang langkah seterusnya yang perlu diambil selepas laporan itu dikemukakan.

Foong, yang juga hakim Mahkamah Persekutuan, berkata para anggota suruhanjaya itu telah berbincang tentang terma rujukan dan meneliti seksyen yang mempunyai kaitan dengan Akta Suruhanjaya Siasatan.

Katanya sebuah kamar Mahkamah Tinggi di tingkat tiga kompleks itu akan digunakan bagi tujuan prosiding yang akan diadakan dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat.

"Kami bercadang mengadakan siasatan setiap hari (Isnin hingga Jumaat) hingga selesai sebelum 25 April," kata Foong.

Beliau memberitahu pemberita bahawa pada mesyuarat hari ini, lima anggota suruhanjaya itu telah mengadakan perjumpaan dengan tiga pegawai pengendali dari Jabatan Peguam Negara untuk mengetahui siapakah yang akan dipanggil sebagai saksi dalam siasatan itu.

"Mereka memberitahu kami yang mereka akan bermesyuarat Isnin ini untuk menyenaraikan saksi dan pegawai yang akan membantu kami dalam mendapatkan dokumen tentang undang-undang dan peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Foong.

Pegawai pengendali berkenaan ialah Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh dan Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Kwan Li Sa.

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan suruhanjaya itu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Empat lagi anggota suruhanjaya itu ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar Perunding Pathologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan