PLKN Anggap Isu Potong Rambut Selesai

Diterbitkan: Sabtu, 29 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) beragama Sikh yang mendakwa rambutnya digunting semasa tidur ketika menjalani program itu akan dipindahkan ke kem lain selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina ini.

Pelatih itu yang sebelum ini menjalani latihan di kem PLKN Seri Impian, Sungai Bakap, Pulau Pinang akan dipindahkan ke kem PLKN Sungkai, Perak dan dia dibenar melapor diri selepas perayaan Tahun Baru Cina.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan dengan keluarga pelatih berkenaan yang bersetuju anak mereka dipindahkan ke kem lain.

"Kita beri dua pilihan sama ada mahu kekal di Kem Seri Impian atau berpindah ke kem lain, tetapi kita tidak benarkan pelatih itu menarik diri daripada menyertai latihan PLKN," katanya kepada pemberita selepas melawat Kem PLK NEtnobotani Gua Musang, dekat sini, Sabtu.

Dalam kejadian 16 Januari lepas, remaja berkenaan Basant Singh, 18, mendakwa rambutnya dipotong antara 50 hingga 60 sentimeter semasa sedang tidur.

Susulan itu, Abdul Hadi berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk membuat siasatan lanjut.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan