PKR Kedah Akan Berkubur Begitu Sahaja: Ahmad Bashah

Diterbitkan: Sabtu, 29 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tindakan Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan meletakkan semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu sememangnya sudah dijangkakan kerana parti itu tidak ada kekuatan dalam perjuangannya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata keputusan bekas anggota Majlis Tertinggi PKR itu mengesahkan apa yang sudah lama didengar tentang parti pembangkang itu.

"Saya yakin ini membuktikan bahawa PKR di Kedah ini memang tidak ada kekuatan pun. Seorang demi seorang wakil rakyat mereka keluar parti dan selepas ini saya yakin PKR Kedah akan berkubur begitu sahaja," katanya.

Ahmad Bashah berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 88 keluarga pada Misi Bantuan Mangsa Banjir Bernama Radio24 di Pusat Pakaian Hari-Hari di sini, Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio24 Sheikh Raffie Abd Rahman.

Ahmad Bashah berkata beliau yakin dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti PKR tidak akan mendapat sokongan pengundi kerana di Kedah kekuatan PKR bergantung kepada PAS.

"Sokongan dalam PRU-12 dulu adalah disebabkan oleh hakisan sokongan sementara daripada BN tetapi hari ini kita dah tengok bagaimana keyakinan semula rakyat khususnya pengundi di Kedah dan daripada apa yang berlaku kepada wakil-wakil rakyat yang keluar daripada PKR. "Maknanya keyakinan terhadap kepimpinan PKR itu sudah hilang, jadi kalau pemimpin dan wakil rakyat sudah keluar daripada PKR, maknanya PKR akan terkubur lepas ini," katanya.

Menurutnya apa yang berlaku menunjukkan kepercayaan terhadap kepimpinan PKR semakin goyah dan rakyat dah mula tengok apa yang berlaku dalam kepimpinan parti itu sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan.

"Jadi daripada situ rakyat pun dah boleh menilai dan saya yakin penilaian rakyat itu akan dibuat melalui PRU akan datang," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan