Lawatan Rosmah Ke Luar Negara Bantu Perkukuh Hubungan Dua Hala: Anifah

Diterbitkan: Sabtu, 29 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KIMANIS: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata lawatan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara turut berperanan membantu mempromosikan Malaysia dan mengukuhkan hubungan dua hala.

Beliau berkata Rosmah bijak menggunakan kedudukannya sebagai isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperkukuhkan hubungan Malaysia dengan negara yang dilawatinya.

Katanya kewibawaan Rosmah diiktiraf oleh negara dan kerajaan luar apabila sering mendapat jemputan untuk menjadi tetamu rasmi dan menyampaikan ucaptama pada persidangan terutama yang berkaitan pendidikan kanak-kanak dan wanita serta pembangunan sosial.

"Datin Seri Rosmah memang cerdik dan pandai. Di sebalik Perdana Menteri, ada isteri yang menolong (beliau)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengagihan Ternakan Program Pembasmian Kemiskinan di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan parti pembangkang semasa kempen pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor bahawa isteri Perdana Menteri itu menghabiskan duit rakyat dan mengambil kesempatan terhadap kedudukan suaminya untuk melancong di luar negara.

Anifah berkata Kementerian Luar berbesar hati sekiranya isteri Perdana Menteri itu dipelawa untuk menjadi tetamu kerajaan negara luar di masa akan datang kerana percaya Rosmah akan menggunakan kesempatan itu sebaik mungkin untuk membantu rakyat Malaysia, terutama berkaitan pendidikan kanak-kanak dan pembangunan sosial.

Beliau memuji usaha gigih dan inisiatif Rosmah semasa di luar negara dalam membantu kerajaan mencari idea dan penyelesaian dalam memperbaiki kehidupan rakyat, sekaligus mempromosikan nama Malaysia kepada masyarakat luar.

Sementara itu, mengenai rakyat Malaysia di Mesir berikutan insiden rusuhan dan tunjuk perasaan di negara itu, Anifah berkata kementerian sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah untuk mendapatkan maklumat lanjut keadaan rakyat Malaysia di sana.

Beliau juga berkata tidak ada rakyat Malaysia yang menyertai demonstrasi jalanan di negara itu bagi membantah pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak.

Demonstrasi jalanan di beberapa bandar besar seperti Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura dianggap terbesar dalam sejarah Mesir sejak Intifadah Al-Khubz atau Pemberontakan Roti pada 1977.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan