Jangan 'Sayang Duit' Upah Profesional Urus Koperasi: Ismail Sabri

Diterbitkan: Sabtu, 29 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Koperasi tidak sepatutnya 'sayang duit' untuk mengupah golongan profesional dalam pentadbirannya bagi menguruskan pertubuhan itu agar lebih berdaya maju.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebanyakan koperasi yang berjaya di negara ini mengguna pakai kaedah tersebut.

"Koperasi perlu juga gaji orang luar, orang profesional lah, tak perlu sayang duit untuk menguruskan koperasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) di sini, Sabtu.

Beliau berkata apabila pengurusan sesebuah koperasi dikendalikan golongan profesional, anggota Lembaga Pengarahnya boleh berperanan menentukan dasar.

Ismail Sabri berkata terdapat juga koperasi yang diuruskan anggota Lembaga Pengarahnya secara bergilir-gilir sehingga menjejaskan tumpuan mereka untuk maju.

"Koperasi berbeza dengan syarikat swasta, kalau syarikat itu mengalami kerugian, maka hanya syarikat itu yang terjejas, tetapi koperasi dimiliki orang ramai dan kesannya lebih besar," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan