Tarikh Pengusaha Bas Ekspres Pindah Ke TBS Dilanjutkan Sehingga 1 Mac Ini

Diterbitkan: Jumaat, 28 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tarikh pemindahan operasi bagi bas ekspres laluan selatan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan di sini dilanjutkan sehingga 1 Mac ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata keputusan kerajaan itu bagi memberikan lebih banyak masa untuk pengusaha bas memindahkan operasi perkhidmatan mereka dari Terminal Bas Sementara Bukit Jalil ke TBS.

"Keputusan itu juga bagi mengelak orang awam keliru ketika permintaan tinggi untuk pengangkutan awam semasa musim perayaan Tahun Baru Cina," kata SPAD dalam kenyataan di sini Jumaat.

Selain itu, suruhanjaya itu berkata lanjutan tarikh juga diberikan bagi membolehkan kaunter tiket baru disediakan di TBS bagi membolehkan pengusaha bas menjual tiket masing-masing di terminal baru itu.

Katanya kerajaan juga menubuhkan Pasukan Petugas Kesiapsiagaan Operasi, yang diketuai oleh SPAD, bagi memastikan proses pemindahan perkhidmatan bas ekspres ke terminal baru itu berjalan lancar mengikut jadual baru itu.

Teminal setinggi enam tingkat dengan kos RM570 juta itu dibuka awal bulan ini dan dilengkapi dengan 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta termasuk kawasan letak kereta khas untuk wanita.

Bagaimanapun, majoriti pengusaha bas ekspres bagi laluan selatan termasuk Konsortium Transnasional Berhad dan Plusliner enggan berpindah ke TBS kerana tidak berpuas hati dengan caj dan kaedah penjualan tiket yang disyaratkan oleh pengurusan hab pengangkutan awam itu. -- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan