Semua Data Nyamuk "Kajian" Didedahkan Kepada Umum

Diterbitkan: Jumaat, 28 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak merancang melakukan kajian percubaan lanjut bagi nyamuk Aedes Aegypti yang diubah suai secara genetik (GM) sehinggga pemantauan pasca penyelidikan dan rundingan awam berhubung uji kaji pelepasan nyamuk itu selesai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan uji kaji pelepasan nyamuk di satu kawasan hutan tanpa penghuni berhampiran Bentong dari 21 Disember hingga 5 Januari itu akan diketahui dalam masa dua bulan dan semua data akan didedahkan kepada umum.

"Penyelidikan percubaan ini hanya langkah pertama dalam satu proses yang panjang. Kami berharap mendapat keputusan positif dan hanya akan melakukan tindakan seterusnya selepas data itu disemak oleh persidangan dan jurnal antarabangsa," katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh pada Jumaat.

Liow memberi jaminan penyelidikan percubaan itu mematuhi prosedur dan protokol ketat ditetapkan Lembaga Keselamatan Bio Kebangsaan seperti penilaian risiko dan strategi risiko manakala perbincangan dengan penduduk di Bentong dan kelulusan pihak berkuasa tempatan diperoleh sebelum penyelidikan dilakukan.

Liow berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan orang ramai bahawa uji kaji itu boleh membahayakan alam sekitar dan orang ramai.

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melepaskan 6,000 nyamuk Aedes Aegypti jantan bebas kuman yang diubah suai secara genetik (GM) di satu kawasan hutan tanpa penghuni berhampiran Bentong pada 21 Disember lepas untuk tujuan penyelidikan.

Penyelidikan itu yang bertujuan mengkaji penyebaran dan tempoh hayat nyamuk berkenaan di lapangan juga melibatkan nyamuk serupa daripada jenis liar dilepaskan di kawasan itu untuk tujuan perbandingan.

"Uji kaji itu selesai pada 5 Jan. Proses pengasapan dibuat pada 6 Januari untuk membasmi semua nyamuk berkenaan dan pemantauan akan diterus dibuat hingga dua bulan," katanya.

Mengenai pembasmian nyamuk Aedes dan pengawalan demam denggi, Liow berkata setakat 27 Januari tahun ini, 1,907 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan berbanding 3,669 kes dan 12 kematian pada tempoh sama tahun lepas.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan dan angpow kepada pesakit-pesakit kusta dan melancarkan Program Combi (Komunikasi Untuk perubahan Tingkah Laku) Denggi di kawasan itu.

Mulai bulan ini, kerajaan akan memberi bantuan kewangan RM540 seorang kepada bekas pesakit kusta, yang masih tinggal di kawasan PKKN.

Sebelum ini, bantuan dihulurkan dalam bentuk bahan makanan.

Setakat ini, masih terdapat seramai 111 bekas pesakit kusta tinggal di kawasan itu manakala 121 orang di wad di Hospital Sungai Buloh. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan