PRK Tenang: Jangan Salah Pilih

Diterbitkan: Jumaat, 28 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN LABIS: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang diingatkan supaya tidak membuat pilihan yang salah dalam memilih wakil rakyat mereka pada hari pengundian, 30 Januari ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengundi membuat pilihan yang bijak dengan memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azhar Ibrahim sekiranya mereka mahu pembangunan di DUN Tenang dapat direalisasikan.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, pembangunan di kawasan tersebut akan berhadapan dengan masalah sekiranya pengundi di DUN Tenang memilih calon pembangkang sebagai wakil rakyat mereka.

“Jangan membuat kesilapan dengan mengundi calon PAS, kerana kedua-dua kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah di bawah BN.

“Jika kita memilih pembangkang sebagai wakil rakyat maka usaha membangunkan Tenang akan berhadapan dengan masalah," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam di Sekolah Jenis Kebangsaa Cina Ai Chun di Stesen Tenang di sini pada malam Khamis.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, pembangkang tidak boleh dipercayai kerana mereka sentiasa ‘cakap tak serupa bikin’.

“Hari ini mereka cakap A esok dia cakap B. Sebab itu kita tidak mahu masyarakat Tionghwa jangan mereka salah pilih (calon).

“Jangan mereka fikir PAS akan bela nasib mereka. Mereka boleh janji macam-macam mereka nak tadbir negeri pun tak tahu tetapi dia cakap orang Islam kalau nak masuk syurga sokong mereka. Kalau tak sokong kami, kamu akan pergi neraka,” katanya.

Oleh itu, Muhyiddin berkata pengundi di DUN Tenang perlu memilih calon BN bagi memastikan kawasan tersebut mendapat pembangunan yang sewajarnya.

Jelasnya, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM30bilion untuk memastikan pembangunan infrastruktur dan isu kebajikan masyarakat di DUN Tenang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan berlangsung Ahad ini menyaksikan saingan dua penjuru dengan BN diwakili oleh Mohd Azahar sementara PAS, meletakkan Normala Sudirman sebagai calon mereka.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan