Robert Phang Akan Terus Kekal Anggota Panel SPRM Hingga Habis Tempoh Berkhidmat

Diterbitkan: Khamis, 27 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkan Tan Sri Robert Phang terus menjadi anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) sehingga tamat tempoh keanggotaan penggal pertama pada 24 Februari depan.

Menurut kenyataan SPRM Selasa, keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat PPPR di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta semalam. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Ramon Navaratnam.

Phang sebelum ini memohon pelepasan selaku anggota panel berkenaan bagi membolehkan SPRM menyiasat secara bebas dakwaan rasuah yang membabitkannya sebagaimana yang hangat diperkatakan oleh beberapa blog akhir-akhir ini.

Sebuah blog mendakwa Phang telah cuba memberi rasuah kepada seorang ketua setiausaha sebuah kementerian tahun lepas. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan