Ahmad Maslan Ingatkan Petugas Dan Pengundi Taktik Saat Akhir PAS - Berita Semasa | mStar

Ahmad Maslan Ingatkan Petugas Dan Pengundi Taktik Saat Akhir PAS

Diterbitkan: Khamis, 27 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan pengundi diingatkan agar berwaspada dengan taktik Pas menjelang dua hari sebelum hari mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Ahad nanti.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata parti tersebut akan menggunakan pelbagai cara pada saat-saat akhir demi memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

"Terdapat banyak kemungkinan apa yang akan mereka lakukan kerana terdesak seperti menabur risalah-risalah bagi mengelirukan pengundi.

"Oleh yang demikian kita mahu para petugas agar bekerja sehingga ke saat akhir agar kubu masing-masing tidak ditembusi oleh anasir-anasir sedemikian," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Skuad Sayang anjuran Wanita Umno di Felda Chemplak Barat di sini, Khamis.

Ahmad Maslan turut mengingatkan generasi muda Felda agar tidak terpesong dengan dakyah Pas kononnya BN tidak pernah berjasa kepada masyarakat Felda.

"Kerajaan yang dibentuk Barisan Nasional yang menubuhkan Felda telah mengadakan sekolah, universiti dan peluang-peluang pekerjaan kepada generasi muda.

"Jangan anggap itu bukan jasa Barisan Nasional dan kejayaan yang dikecapi generasi muda tidak datang atas usaha mereka sendiri tetapi dengan secara langsung atau tidak langsung dengan bantuan kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Sebelum itu, Ahmad Maslan menyampaikan barangan keperluan dapur kepada 41 ibu tunggal Felda tersebut disamping beramah mesra memasak bubur lambuk bersama mereka.

Program itu dianjurkan Wanita Umno bagi merapatkan lagi hubungan Umno dengan penduduk Felda Chemplak Barat itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan